Friday, August 14, 2009

WASIAT UNTUK UMAT MUHAMMAD

Daripada Sheikh Ahmad - Madinah , Saudi Arabia , pada suatu malam ketika hamba membaca Al-Quran di makam Rasullullah s.a.w . selepas hamba membaca lalu tertidur. dalam tidur, hamba bermimpi Rasullullah s.a.w. mendatangi hamba lalu bersabda:-

"Dalam 60,000 orang yang meninggal dunia di zaman ini, tak seorang pun matinya dalam keadaan yang beriman,".

1. Isteri tiada mendengar kata-kata suami,
2. Orang kaya tidak lagi bertimbangrasa kepada orang miskin.
3. Ramai yang tidak berzakat dan tidak lagi berbuat kebajikan.

Sampaikan kepada orang-orang Islam ini, supaya membuat kebajikan kerana hari penghabisan akan tiba di mana:-
1. semua bintang akan terbit dari langit, sesudah itu pintu langit akan tertutup.
2.tulisan dalam Al-Quran akan hilang.
3.Matahari akan turun di atas kepala.


Pesan Hamba :-

1. berselawatlah untuk junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w
2. bertaubatlah dengan segera sementara pintu taubat masih terbuka.
3. janganlah derhaka kepada ibu-bapa.

RESPONS

Baru-baru ini, berita tentang penemuan planet baru yang bergerak dalam arah yang terbalik daripada biasa telah pun mula tersebar. Petanda-petanda kiamat sudah mula kelihatan, semakin jelas saban hari. Bila lagi kita hendak bertaubat? Sudah cukupkah amalan kita untuk menjejakkan kaki ke dalam syurga Allah?

Sedarlah Wahai saudaraku sekalian. Masih ada lagi yang lebih berkuasa di alam ini. Janganlah kita begitu sombong dan angkuh kepadaNya. Ingatlah janji kita kepadaNya;

"Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah Ta'ala,"

Semoga Allah memberikan taufik hidayah kepada kita semua.. Wallahu'allam..

No comments: